Hello....
Untuk pengetahuan semua.... Nina merupakan seorang yang boleh dikatakan obes terhadap novel...setiap bulan mesti Nina or my mum akan beli novel.... Korang semua pun tahu kan yang sekarang ni banyak drama,filem dan sebagainya semuanya adaptasi novel... So sekarang Nina ingin menceritakan sebuah cerita yang bakal di tayangkan di astro ria (agaknya) yang diadaptasikan dari sebuah novel bertajuk 'PROJEK MEMIKAT SUAMI'... Okay jom layan....
PELAKON : Emma Maembong (Nawwal Husna) Aiman Hakim Ridza (Zahrain Alimin)
SINOPSIS :
Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminanggannya. Demu Ummi dan Babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama lelaki yang tidak sukakan dia.
Hidup rumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-Ji dan Side-Kick
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimim? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
Apabila mereka sedah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah?

No comments:
Post a Comment